Sign In
Text Size: A A A
|
                          



Manage PermissionsManage Permissions

07-Feb-2017 : Respon kepada gambar kebakaran meter yang diviralkan

Respon kepada gambar kebakaran meter yang diviralkan

‚ÄčJPE Meter.jpg

Dengan penuh hormat, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri (JPE) merujuk kepada gambar yang telah disebarkan melalui applikasi WhatsApp pada 6 Februari 2017, mengenai dengan meter elektrik pra-bayar yang mengalami kebakaran.  Perkara ini sedang dalam siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian ini. Pihak JPE juga telah memulihkan bekalan elektrik di tempat berkenaan dengan secepatnya.

Menurut isu-isu serupa yang terjadi sebelum ini, di antara punca-punca kebakaran termasuk gangguan terhadap perjalanan meter (meter tampering), penggunaan elektrik yang berlebihan, pendawaian yang tidak mengikut panduan keselamatan elektrik, dan pendawaian yang dilakukan oleh pemborong yang tidak berdaftar. Oleh yang demikian, pihak JPE sukacita ingin mengingatkan pengguna-pengguna untuk tidak menggangu meter elektrik di premis mereka, tidak membuat tambahan atau perubahan kepada pendawaian bangunan tanpa kebenaran Pengarah Perkhidmatan Elektrik, dan hanya menggunakan pekerja yang berdaftar dengan JPE bagi sebarang kerja melibatkan pendawaian elektrik. Dalam pada ini, pihak JPE juga memaklumkan bahawa meter tampering adalah merupakan kesalahan undang-undang dibawah Akta Elektrik (Penggal 71) dan jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 5 tahun.

Pihak JPE ingin memaklumkan kepada pihak pengguna untuk tidak perlu bimbang ke atas keselamatan meter-meter elektrik yang sedia ada. Pihak JPE juga meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan apa jua kejadian yang melibatkan tenaga elektrik melalui Talian Darussalam 123. Pihak pengguna juga boleh menghubungi talian tersebut sekiranya ingin memohon pemeriksaan ke atas meter elektrik atau pendawaian elektrik di premis mereka. Orang ramai juga dijemput untuk melayari laman web JPE (www.des.gov.bn) untuk meneliti Electrical Installation Requirements (EIR) sebagai panduan pemasangan dan penggunaan elektrik.

Attachments